MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 04, 2024

INFAQ PENAPIS AIR UNTUK AIR MINUMAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM590 / 19.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PAHALA MUDAH DENGAN MEMBERI AIR MINUMAN KEPADA PENCINTA AL QURAN UNTUK MENUNTUT ILMU.


Air merupakan satu khazanah Allah yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana air adalah sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti minuman, perindustrian perikanan, perjalanan sumber tenaga eletrik, dan sebagainya.



Seperti yang kita sedia maklum hampir 3\4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan, tetapi tidak tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita.



Seperti yang kita ketahui, air minum adalah keperluan asas yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Namun, bagi pelajar tahfiz yang terdiri dalam kalangan anak-anak yatim dan asnaf adalah menjadi kesulitan kerana memerlukan dana untuk menyediakan air minum yang sejuk dan bersih. Hal ini kerana, mereka memerlukan sumber dana untuk membiayai penapis air yang kian meningkat kos disebabkan kenaikan harga barang dan lain-lain lagi.



Oleh itu, pihak maahad tahfiz menganjurkan kempen Infaq RM10 bagi tujuan pembiayaan servis air untuk anak-anak syurga ini mendapat minuman air bersih yang berpanjangan. Semoga dengan adanya mesin air ini menjadi saham akhirat yang berkekalan buat para penginfaq yang budiman serta bersedia membantu anak-anak tahfiz di sini. Saya doakan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan yang diberikan kalian.



 عن سعد بن عبادة قال: قلت: يا رسول الله إن أمي ماتت، أفأتصدق عنها؟ قال: نعم، قلت: فأي الصدقة أفضل؟ قال: سقي الماء.

 

"Wahai Rasulullah! Ibuku sudah meninggal dunia, bolehkah aku bersedekah bagi pihaknya?: Baginda menjawab: "Ya (boleh)." Aku bertanya lagi: "Sedekah apakah yang terbaik?" Baginda menjawab: "Memberi (orang) minum air"

(Hadis Riwayat Musnad Ahmad)


Budaya melayu yang biasa menghidangkan air kepada tetamu rupanya suatu amalan terpuji yang disarankan Islam dan menjadi sunnah Rasulullah yang patut dicontohi dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita agar kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayat pentunjuk.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat