MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 24, 2024

BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN BUAT PELAJAR DARI SABAH

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTU BERI PELUANG ANAK-ANAK YANG BERKEINGINAN UNTUK BELAJAR MENDAPAT ILMU YANG SELAYAKNYA. JOM BANTU!


Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur kita terhadap ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita bernafas di muka bumi ini. Oleh itu, kami warga Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak anda semua yang ingin meraih pahala dengan memberi bantuan kepada pelajar kami yang tinggal di Sabah atas kesungguhan mereka datang untuk mencari ilmu walaupun perlu melalui perjalanan yang jauh.



Berkat bantuan yang diberikan oleh muslimin dan muslimat dapatlah kami menanggung kos pergi dan pulang dua orang pelajar ini. Kegigihan dua orang pelajar ini amatlah kami hargai kerana sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan ilmu berkaitan Al-Quran di maahad. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali.”



Semoga Allah melimpahkan ganjaran pahala yang tidak terhingga buat muslimin dan muslimat yang sudi menghulurkan tangan menbantu dua orang pelajar ini untuk terus menuntut ilmu di jalan Allah ini. Daripada bantuan ini juga dapatlah kami menampung segala keperluan dua orang anak muda ini sepanjang berada di maahad kami.



Nabi SAW yang bersabda:


مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ


“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat