BARANGAN KEPERLUAN ASAS UNTUK SAUDARA DI PALESTIN

RM10 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

1 Penyumbang

29 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Palestin memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman ini. Jom bantu mereka!


Beberapa minggu lagi, maka genaplah setahun saudara kita di bumi Palestin ditindas oleh dunia tanpa sebarang rasa kasihan. Keadaan saudara kita yang berada di bumi Palestin berada dalam keadaan yang sangat berbahaya. Mana tidaknya mereka terdedah kepada bahaya di mana bila-bila masa sahaja bom ataupun serangan daripada puak zionis Israel. Tidak banyak yang boleh kita lakukan di sini selain daripada menghantar bekalan makanan ataupun wang ringgit untuk keperluan membeli barang keperluan mereka di sana.




Makanan merupakan suatu yang sangat-sangat diperlukan oleh saudara kita di sana untuk terus bertahan hidup



Kutipan terakhir yang berjaya kita kumpulkan untuk saudara kita di sana


Insya-Allah sumbangan yang berjaya dikumpulkan pada bulan lepas akan disekalikan dengan kutipan pada kali ini agar kita dapat menghantar jumlah yang lebih besar sekaligus kerana ianya akan lebih memberikan kesan yang positif kepada saudara kita di sana apabila kuantiti barangan yang  diterima dalam jumlah yang banyak.


Bukan hanya dengan kita memboikot sahaja, namun sumbangan dan bantuan berterusan kepada saudara kita di Palestin turut perlu dilaksanakan agar mereka dapat terus bertahan. Pembelian buah kurma dan juga makanan yang boleh tahan lama dan mudah untuk dimakan akan menjadi keutamaan agar dalam apa juga situasi pun, saudara kita di Palestin masih boleh makan dengan tanpa perlu masak makanan tersebut.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2024