MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 22, 2023

INFAQ BATU BATA DAN BAHAN PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM960 / 13.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KEJAR PAHALA BERGANDA DENGAN INFAQ BATU BATA DAN BAHAN BINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD TAHFIZ KAMI DI FASA PERTAMA AWAL ZULHIJJAH YANG MULIA.


Bulan Zulhijjah adalah antara bulan mulia dalam Islam. Sepuluh hari terawal di bulan ini penuh dengan pelbagai kelebihan di sisi Allah SWT. Allah SWT menyuruh umat Islam mengejar juga keberkatan 10 malam yang berturut-turut di awal bulan Zulhijjah ini dengan mengisinya dengan amalan-amalan soleh yang diredhai dan disukai oleh Allah SWT seperti puasa, tilawah, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi. Mari panjatkan kesyukuran berada di bulan Zulhijjah tahun ini dan jadikannya lebih bermakna dan bermanfaat dengan amalan bersedekah.



Sehubungan itu, pihak maahad dengan rendah hati merayu sumbangan infaq batu bata dan bahan pembinaan tapak tangki air bagi meletakkan tangki air. Dengan bantuan dana daripada para muslimin muslimat diharapkan kelak masalah gangguan air dan tekanan air yang rendah yang kerap berlaku di kawasan Pekan Ayer Hitam dapat diatasi dan para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dapat memiliki simpanan air yang mencukupi untuk kegiatan sehari-hari mereka.



Tangki air merupakan fasiliti yang penting di sekolah, perumahan, dan kawasan seperti Maahad Tahfiz Al-Quran. Dalam bidang pendidikan dan pengajian Al-Quran, kewujudan tangki air yang mencukupi sangat penting untuk memastikan simpanan air bersih yang mencukupi bagi keperluan para pelajar tahfiz dan guru. Setiap sumbangan, berapa pun jumlahnya akan memberikan manfaat dan amat bererti bagi para pelajar kami mendapatkan akses air di maahad untuk kemudahan ibadah dan pengajian mereka.



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada semua penyumbang yang telah berbesar hati dan murah hati membantu dalam infaq batu bata dan bahan pembinaan tapak tangki air di maahad. Sumbangan dan sokongan yang kalian berikan tidak hanya memberikan manfaat bagi para pelajar dan guru di maahad, tetapi juga merupakan amal jariyah yang akan terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

MAHANI BT YONG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat