MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 19, 2023

BEKALAN AIR BERSIH MASIH DIPERLUKAN UNTUK KEGUNAAN ANAK TAHFIZ

RM825 / 3.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM24,500

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SALING MEMBANTU ATAS JALAN KETAQWAAN DENGAN MENYUMBANG UNTUK BEKALAN AIR BERSIH BUAT KEMUDAHAN IBADAH PELAJAR TAHFIZ SECEPAT MUNGKIN.


Pihak maahad menyeru para dermawan untuk menyumbang bagi mewujudkan bekalan air bersih untuk kemudahan ibadah dan kegunaan harian pelajar tahfiz dengan serendah RM10 sahaja. Ini merupakan kesempatan terbaik untuk anda mendapatkan aliran pahala dari setiap titis air yang mengalir. Dengan bantuan daripada muslimin dan muslimat, ianya akan memudahkan urusan pengajian Al-Quran para pelajar tahfiz yang datang dari keluarga asnaf dan anak yatim dalam merealisasikan impian mereka.




Rebutlah peluang keemasan di penghujung syawal untuk berkongsi kegembiraan kepada anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini bagi mendapatkan akses bekalan air bersih agar setiap pelajar dapat menikmati hak mereka untuk menikmati air bagi kegunaan harian. Setiap titis air yang digunakan oleh warga maahad untuk berwudhuk, minum, bersuci, mencuci pakaian dan lain-lain insyaAllah ada kebaikan bagi para penyumbang sekalian hingga akhirat kelak.




Hingga saat ini pihak maahad masih mengumpulkan dana daripada orang ramai untuk merealisasikan impian hadirkan akses bekalan air bersih bagi kemudahan para pelajar tahfiz daripada kalangan anak-anak golongan asnaf dan yatim yang semangat untuk belajar Al-Quran di maahad ini. Di bawah ini, pihak maahad lampirkan jumlah kos pemasangan bekalan air bersih SADA ke bangunan maahad.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati para penyumbang. Sumbangan kecil walau serendah RM10 daripada para dermawan amat bermakna bagi para pelajar meneruskan kelangsungan hidup mereka di maahad untuk menimba ilmu. Selagimana akses air itu dimanfaatkan oleh pelajar maahad, maka pahala akan berterusan mengalir hingga ke hari akhirat kelak buat para penyumbang.


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat