MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 25, 2023

BERAS KEPADA ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM775 / 25.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH PAHALA BERTERUSAN DENGAN MEMBERI SEDEKAH MAKANAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM DI MAAHAD. AYUH KITA BANTU!


Pihak maahad tahfiz ingin menyeru para dermawan agar bersama menjayakan kempen untuk memberikan bantuan infaq beras yang akan memberikan tenaga kepada anak-anak tahfiz kami sepanjang hari. Ini adalah peluang untuk turut serta dalam perjuangan mereka dalam memahami dan menghafal Al-Quran. Mari kita mengumpul saham akhirat kita dengan memberikan mereka makanan yang berkualiti dan berkhasiat.


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Riwayat Muslim, 2983)



Kenaikan harga barangan sekarang ini menjadi rintangan buat pihak maahad dalam menyediakan bekalan beras yang mencukupi kepada pelajar kami. Dalam sehari sebanyak 30 kilo beras diperlukan untuk makan pagi, tengah hari dan malam oleh 70 orang para pelajar kami untuk memberi mereka kekuatan fizikal dan tenaga agar mereka semangat untuk terus beribadah dan belajar dengan penuh kesungguhan.



Anak-anak tahfiz ini adalah harapan masa depan umat Islam dan sokongan daripada para penyumbang akan membantu mereka membesar menjadi generasi yang taat kepada agama dan berakhlak mulia. Di dalam ajaran agama, Islam memerintahkan orang muslimin untuk membantu mereka iaitu memberikan kasih sayang dengan ikhlas serta memberikan perlindungan kepada mereka, berikan mereka pendidikan agama, dan bimbingan moral. Mereka juga layak diberikan ilmu yang bermanfaat di dunia.



Memberikan sedekah sekecil apapun mulai RM10 daripada para dermawan sudah dapat mengukirkan senyuman kegembiraan kepada para pelajar di maahad kami dengan bantu mengenyangkan mereka yang menuntut ilmu fi sabillah. Salah satu cara yang baik untuk menghidupkan amalan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, sedekah juga merupakan amalan yang dicintai Allah SWT. Bahkan beberapa riwayat mengatakan harta yang disedekahkan akan kekal hingga akhirat kelak.



Akhir kata, bersama-samalah kita berlumba-lumba dalam berbuat pelaburan kita di akhirat kelak, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW terutamanya bersedekah atau berinfaq. Allah menyifatkan orang yang memberi makan kepada fakir miskin sebagai mereka yang akan mewarisi Jannah dan termasuk dalam golongan sahabat kanan.


Nabi Muhammad SAW juga bersabda bahawa apa sahaja yang disedekahkan (zakat dan sedekah) atau diberikan kepada orang miskin adalah pahala yang kekal dan akan melindungi umat Islam dari api neraka pada hari kiamat. Infakkanlah harta yang ada bagi memberi anak-anak tahfiz ini kekuatan dan harapan untuk memahami dan mengamalkan Al-Quran dengan sepenuh hati. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 26, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat