MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 19, 2024

BANTUAN BERAS KEPADA ANAK ANAK PENUNTUT ILMU

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

12 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

TABUNG INFAQ TELUR KEPADA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF YANG SELALU MENDAMPINGI AL-QURAN.


Dengan penuh rasa rendah diri, pihak maahad ingin mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan yang budiman dan diberkati oleh Allah SWT untuk turut serta dalam usaha memberikan infaq bekalan telur kepada pelajar tahfiz yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq bekalan telur bagi memudahkan kepada sesiapa yang sudi berinfaq untuk membekalkan sumber protein yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental buat anak-anak tahfiz di sini.



Telur mengandungi vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan ana-anak tahfiz serta baik untuk kesihatan tulang mereka. Kandungan vitamin D juga turut membantu penyerapan kalsium dalam badan mereka insya-Allah. Dengan adanya bekalan telur yang mencukupi dan juga protein yang cukup, ia mampu mengelakkan pelajar-pelajar tidak kelaparan semasa proses pengajian dan pembelajaran mereka berlangsung.



Daripada Sayyidina ‘Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang sibuk dalam urusan menyempurnakan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menyempurnakan hajatnya. Sesiapa yang membantu menghilangkan mana-mana kesusahan saudaranya maka Allah SWT akan menghindarkannya daripada salah satu kesusahan hari kiamat." (Misykat)   



Sumbangan daripada anda akan menjadi saham akhirat yang pahalanya berlipat kali ganda dan asbab meraih reda Allah SWT di akhirat. Ayuh bermula RM10, sama-sama berinfaq dalam kempen ini. Semoga apa yang para penyumbang infaqkan akan menjadi bekal yang berkekalan untuk dibawa pulang ketika bertemu Allah SWT kelak nanti insya-Allah. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 20, 2024