MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 17, 2023

SEDEKAH MAKANAN BERKHASIAT BUAT ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM117 / 3.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BANTU BERKONGSI MAKANAN BERKHASIAT SEPERTI TELUR BAGI MENGHILANGKAN LAPAR PARA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN JUGA ANAK YATIM MISKIN. SENYUMAN MEREKA KEBAHAGIAAN KITA.


“Barangsiapa gemar memberi makan orang lain, disediakan baginya pintu khusus di surga yang tiada orang lain memasukinya selain dirinya dan semisal dengannya”

(HR Tabrani)


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat yang telah dirahmati oleh Allah SWT untuk memberikan sedekah yang sangat bermakna kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim miskin yang di maahad kami. Dengan penuh kasih sayang, mari bersama memastikan bahawa anak-anak ini mendapatkan makanan yang seimbang dan berkualiti untuk menuntut ilmu.



Sedekah adalah salah satu amalan ibadah yang mendatangkan banyak pahala. Selain pahalanya besar, sedekah juga dapat menambah harta dan keberkatan. Sesungguhnya ada keberkatan di setiap makanan yang kita beli dan beri. Salah satu sedekah yang baik adalah sedekah makanan. Memberi sedekah makanan kepada orang yang lebih memerlukan termasuk salah satu ibadah yang pahalanya besar.



Ada orang yang bertanya kepada Rasulullah. “Ya Rasulullah perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Bermula dengan hanya RM10, marilah kita bergandingan tangan dalam berbuat kebaikan dan meraih rahmat Allah. Sumbangan ini bukan sahaja memberi nutrisi kepada tubuh badan mereka, tetapi juga memberikan semangat dan harapan kepada mereka untuk meraih masa depan yang cerah. Dalam setiap biji telur yang disumbangkan terkandung kebaikan dan rahmat yang tidak terhingga daripada-Nya.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan para dermawan menghulurkan infaq untuk bekalan telur kepada para pelajar kami sebagai bentuk kasih sayang dan sokongan kepada mereka dalam menempuh perjalanan pendidikan dan hafazan Al-Quran.


Kami berharap infaq ini membantu memberi mereka tenaga untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita dan menggapai ilmu yang bermanfaat. Segala sumbangan yang telah disumbangkan oleh pihak muslimin muslimat telah kami guna pakai untuk membeli makanan yang diperlukan oleh mereka. Semoga Allah SWT memberkati usaha kalian untuk membantu anak-anak tahfiz ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2023

HANBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Oct 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat