MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 20, 2023

BUMBUNG ASRAMA PELAJAR TAHFIZ PERLU SEGERA DI BAIK PULIH

RM200 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MERAYU SUMBANGAN UNTUK SEGERA BAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA YANG ROSAK DAN UZUR. SEMOGA BANTUAN KALIAN DIRAHMATI ALLAH SWT.


"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah membahagiakan seorang Muslim, menyelesaikan suatu kesusahan yang menimpanya, atau membayar hutangnya." (HR. Tirmizi)


Kami daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati memohon sumbangan daripada semua muslimin dan muslimat yang prihatin. Pelajar muslimat kami berhadapan dengan masalah bumbung asrama yang rosak dan ini telah menyebabkan ketidakselesaan dan risiko keselamatan yang besar terutama ketika hujan turun. Asrama ini dihuni oleh 20 orang pelajar yang kebanyakannya adalah daripada keluarga asnaf dan juga anak-anak yatim.



Sumbangan yang diberikan akan membantu kami menjalankan kerja pembaikan yang diperlukan dan memastikan bahawa para pelajar kami dapat terus belajar dengan aman dan selesa. Ini adalah peluang untuk beramal dan memberi keselesaan kepada mereka yang memerlukan, serta memberikan sokongan kepada pendidikan agama di maahad tahfiz kami.



Pelajar-pelajar tahfiz adalah calon-calon da'i dan ulama masa depan yang akan memimpin dan menyebarkan cahaya Islam di tengah-tengah masyarakat. Membantu orang yang sedang menuntut ilmu agama adalah amal yang sangat mulia di mata Allah SWT. Sumbangan yang diberikan untuk meningkatkan fasiliti di maahad tahfiz ini adalah pelaburan yang besar dalam pendidikan agama dan akan menjadi saham akhirat yang berkekalan bagi para penyumbang.





Kami berharap agar kerja baikpulih ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin, kerana setiap detik sangat berharga dalam memastikan keselesaan dan keselamatan para pelajar kami. Jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan sokongan anda dalam membantu kita mencapai matlamat ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan pahala yang berlipat ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat