MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 26, 2023

DANA PEMBELIAN SISTEM SIAR RAYA SURAU UNTUK KEMUDAHAN IBADAH PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM1,175 / 23.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTU INFAQ UNTUK PEMBELIAN SISTEM SIAR RAYA UNTUK KEMUDAHAN IBADAH PELAJAR TAHFIZ ASNAF. JADIKAN HARTA YANG KITA MILIKI SEBAGAI WASILAH UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH DAN MENJADI BEKALAN DI AKHIRAT


Assalamualaikum wbt. Pihak AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berbesar hati mengadakan kempen untuk memohon infak dan sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang mempunyai kelapangan rezeki. Dijemput bersama-sama mengambil kesempatan untuk membuat amal jariyah sebagai bekalan dan pahala yang berterusan hingga ke akhirat kelak bagi pembelian set sistem siar raya surau maahad yang baharu. Infak peralatan sistem siar raya ini meliputi speaker, mikrofon wireless, mikrofon dan standing mic. Kemudahan fasiliti seperti peralatan sistem siar raya itu amat penting di surau maahad dan diperlukan oleh anak-anak tahfiz di sini.



Keadaan maahad amat kekurangan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkap di surau baharu. Kempen ini diadakan untuk merealisasikan impian agar azan solat 5 waktu dapat dilaungkan di surau baharu maahad sebelum Ramadhan yang bakal tiba nanti. Hal ini kerana bangunan surau maahad yang baharu sudah 90% siap hanya tinggal kerja-kerja pemasangan sistem siar raya, pemasangan karpet dan juga pembinaan kolah wudhuk. Pihak maahad masih dalam proses menjalankan kempen pencarian sumbangan bagi menyediakan prasarana yang lengkap di surau untuk kemudahan ibadah anak-anak tahfiz. Tujuan peralatan sistem siar raya tersebut akan digunakan untuk kegiatan pembelajaran Al-Quran anak-anak tahfiz juga untuk aktiviti keagamaan dan ibadah di surau.



Harapan besar pihak maahad semoga pemasangan sistem siar raya ini dapat dilkasanakan sebelum tibanya bulan Ramadhan tahun 2023 ini. Pihak maahad berhasrat memberikan keselesaan kepada para pelajar dan juga orang ramai yang akan melaksanakan ibadah tarawih, qiamulalil, iktikaf dan juga pelbagai program keagamaan serta dakwah di surau baharu.



Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan jasa para dermawan sekalian yang membantu untuk meralisasikan impian pihak maahad dan juga anak-anak tahfiz di sini. Semoga infak sistem siar raya ini menjadi ladang pahala dan juga amal soleh yang berlipat kali ganda pahalanya buat para penyumbang. InsyaAllah setiap kali azan berkemundang atau suara bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dilantukan akan menjadi pahala yang mengalir hingga ke hari kiamat.


إِذَا مَاتَ اْلإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


“Apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga hal: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMMAD BIN AZIZAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

MOHAMMED AISAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat