Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 11, 2023
RM455 / 15.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Nurul Hidayah menggalu-alukan sumbangan dari pihak muslimin muslimat bagi meringankan kos untuk perubatan pelajar maahad yang tidak berkemampuan dari segi kewangan kerana kebanyakan pelajar datang dari keluarga asnaf dan anak yatim. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membiaya kos perubatan pelajar yang mengalami kesakitan ketika belajar di maahad tahfiz.
Terlalu banyak hadis Nabi yang menggalakkan untuk mengambil ubat sebagai satu usaha mencegah penyakit. Dalam sebuat riwayat hadis, Nabi SAW bersabda :
تَدَاوَوْا عِبَادَ اللَّهِ، فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً، إِلَّا الْهَرَمَ
Maksudnya: “Wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan satu penyakit melainkan Dia juga akan meletakkan ubat bagi penyakit tersebut melainkan penyakit tua.”(Ibn Majah)
Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT dapat bersama-sama dalam membantu dengan berinfaq bermula dengan RM10 untuk kebajikan untuk membantu pelajar tahfiz ini dapat belajar dengan selesa tanpa kesakitan demi memartabatkan kalimah Allah SWT yang suci di muka bumi ini.
Pihak maahad merayu usaha anda untuk menginfaq harta kepada pelajar hafiz anak yatim di maahad kami ini. Semoga Allah yang akan membalas segala sumbangan yang telah diberikan, semoga semua penyumbang diberikan kesihatan yang baik berpanjangan untuk melakukan kebaikan dan mendapat rahmat Allah SWT dan redhanya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2023
NORAZWIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2023