SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Aktif sejak Apr 04, 2021

Tentang Penganjur
Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa.Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan , 15150, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
tpsakb@gmail.com
+60147038762
+6097413555

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Jadikanlah anak2 ku anak yg soleh & solehah.. Permudahkan urusan kami didunia & diakhirat.. kurniakan kami rezeki yg berkat & berpanjangan serta kesihatan yg baik.. Amin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH AMNAH BINTI ABDULLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibu ku.  Hindarkanlah ibu ku daripada azab kubur dan api neraka. Kurniakanlah kepada ku rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosa2 ibu bapaku & membuka segala pintu rezeki yang x diduga

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah mengampuni segala dosa kita dan semua umat Nabi Muhammad SAW. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Doakan saya bergraduat ye

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku meminta rahmatmu Ya Allah terimalah amal-amal ibadahku Ya Allah ampunkan dosaku dosa kedua ibubapaku dan dosa2 umat nabi Muhammad saw

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah... kurniakan kami rezeki yang halal..lg baik tanpa memberatkan kami dan kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat..amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: