MARI MENYUMBANG UNTUK PEMBINAAN BILIK MANDI YANG SELESA DAN AMAN UNTUK ANAK-ANAKTAHFIZ INI. JADIKAN HARTA PEMBERAT UNTUK TIMBANGAN AMAL DI AKHIRAT KELAK.
Dengan penuh rendah hati pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan infaq dan dana daripada semua pihak yang prihatin untuk membantu usaha kami dalam pembinaan bilik mandi pelajar tahfiz. Keadaan bilik mandi yang terbuka, uzur, dan tidak selesa telah menimbulkan kesukaran kepada anak-anak tahfiz kami dalam menyucikan badan dengan sempurna dan selesa.
Pihak maahad dalam usaha untuk meningkatkan keselesaan dan kebersihan di maahad. Oleh itu, kami sedang merancang pembinaan bilik mandi yang lebih baik dan berkualiti. Kami berharap dengan adanya bilik mandi yang selesa dan lengkap dengan kemudahan yang mencukupi, pelajar akan lebih fokus dan nyaman dalam pembelajaran dan ibadah di pondok ini..
Dengan adanya bilik mandi yang lebih baik dan berkualiti, pelajar tahfiz akan dapat merasai keselesaan semasa melaksanakan ibadah dan pembelajaran. Sehubungan itu, kami mengajak semua yang mempunyai keistimewaan dan kemampuan untuk memberikan sumbangan infaq dan dana agar dapat turut serta dalam usaha membina bilik mandi pelajar ini untuk kesejahteraan dan kebaikan mereka.
Setiap sumbangan yang diberikan akan dipergunakan sepenuhnya untuk projek pembinaan bilik mandi pelajar tahfiz ini. Jazakumullahu khairan jaza atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam mewujudkan bilik mandi yang lebih baik dan selesa untuk anak-anak tahfiz ini. Semoga usaha kita bersama ini mendapat berkat dan menjadi amal jariah bagi semua yang terlibat.
Jom #BuatBaik!