MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 05, 2024

INFAQ BERAS AWAL MUHARRAM 1446H UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM945 / 31.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita mencari berkat yang mengalir dengan berinfaq kepada beras anak-anak yatim dan asnaf ini.


Dalam ajaran Islam, berbagi makanan kepada sesama insan adalah hal yang mulia dan terpuji. Memberikan bantuan makanan kepada kaum dhuafa merupakan salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Keutamaan ini mengajarkan kita betapa pentingnya berbahagi rezeki dengan sesama kita, terutama kepada mereka yang memerlukan makanan. Kali ini mari kita lihat keutamaan melakukan infaq beras. Infaq Beras adalah sebagai bentuk kepedulian sosial kepada insan yang lain yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.



Infaq beras tidak hanya sekadar memberikan makanan kepada yang mememerlukan sahaja, tetapi juga menciptakan ikatan sosial yang erat. Dengan memberikan beras, kita secara langsung turut merasakan kehidupan mereka yang kurang beruntung dan kurang bernasib baik. Hal ini mewujudkan kedekatan antara sesama muslim dan menunjukkan bahwa kepedulian sosial merupakan sumber yang kuat dalam membangun masyarakat yang harmoni.



Memberikan infaq beras tidak hanya membawa pahala, tetapi juga mengundang berkah daripada Ilahi yang melimpah ruah. Berkah ini bisa terlihat dalam kehidupan sehari-hari, seperti kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT, kelancaran rezeki, dan kebahagiaan keluarga. Dengan memberikan infaq beras, kita bukan hanya memberikan makanan sahaja tetapi juga menyebarkan energi positif yang mengalir ke seluruh aspek kehidupan.



Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah melancarkan kempen infaq secupak beras untuk 70 orang pelajar àsnaf dan anak yatim demi mencukupkan bekalan beras untuk anak-anak syurga ini berjuang menuntut ilmu. Mudah-mudahan dengan hari yang barakah ini, muslimin dan muslimat dan dapat sama-sama ta'awun yakni membantu pencinta Al-Quran ini meneruskan perjuangan mereka yang mulia ini menghafal Al-Quran 30 juzuk.



Sehubungan itu, pihak maahad berharap penderma dapat merialisasikan hajat dan impian mereka dengan berinfaq RM10 membantu mereka yang sedang menuntut ilmu agama berkenaan kalam wahyu Allah di dalam dada mereka. Segala tindakan dan jasa baik kalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

NORZIMA BINTI KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat