INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN SEPTEMBER 2024

RM175 / 2.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

12 Penyumbang

42 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur alhamdulilah, biarpun pada bulan Ogos kita hanya berjaya mengumpulan sumbangan sebanyak RM90 sahaja, namun program ini kita teruskan untuk pada bulan ini dan berharap agar kutipan sumbangan pada bulan ini akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan agar semua penerima dapat merasa sumbangan berkenaan.



Kami konsisten untuk menjadikan ini program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu kami akan lakukan yang terbaik sambil disokong oleh penyumbang sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.



Ada di antara penerima yang uzur dan mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan dan sejak lahir lagi. Hal ini juga telah menyatukan kita untuk terus membantu mereka yang dalam keadaan yang memerlukan tersebut. Jika bukan kita, maka siapa lagi yang akan meringankan beban mereka. Biarpun apa yang kita lakukan ini tidak besar, namun ianya sangat dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukan ini.



Antara penerima yang pernah menerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, asnaf dan orang tua yang uzur tinggal sendirian.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024

B ROKIAH BINTI REDAWAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 11, 2024