Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU
Dimulakan pada Sep 08, 2022
RM375 / 3.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
SEDEKAH JUMAAT
Jangan lepaskan peluang bersedekah bagi membantu orang yang memerlukan terutamanya di hari Jumaat barakah ini. Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain”.
Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1991 dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang.
Pendidikan di SRI Aman menggunakan konsep tauhid merentasi kurikulum dalam membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mari bersama kami membangunkan infrastruktur yang lebih baik untuk masa depan generasi akan datang. Semoga ianya menjadi pelaburan saham akhirat yang diterima oleh Allah SWT.
Anda bayangkan berapa banyak pahala jariah yang mengalir kepada kita melalui penghasilan generasi yang dididik oleh sistem pendidikan Islam?
Kami menyeru tuan/puan untuk bersama-sama mengambil peluang ini bagi menyumbang kepada pembangunan Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu.
Ayuh bersama kami!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ELYNA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 09, 2022
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 09, 2022