MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 03, 2023

INFAQ KHAS BULAN MUHARRAM KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM85 / 1.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUT PELUANG UNTUK MERAIH GANJARAN BERGANDA SEMPENA BULAN MUHARRAM DENGAN BERINFAQ UNTUK TABUNG KHAS MUHARRAM BUAT PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM.


Pihak maahad ingin mengambil peluang membuka kempen tabung khas bersempena bulan Muharram yang mulia ini kepada muslimin dan muslimat untuk menyumbang dan menyuburkan amalan sedekah semasa bulan muharram. Sumbangan infaq yang diberikan akan digunakan sebagai perbelanjaan operasi dan pengurusan maahad agar pengurusan di maahad berjalan dengan lancar.



Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mempunyai 70 pelajar dan sebahagian daripada mereka terdiri daripada keluarga asnaf dan golongan anak yatim. Latar belakang yang kurang berkemampuan tidak mematahkan semangat para pelajar ini untuk menuntut ilmu al-quran di maahad ini. Mereka mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin menghafal kalam Allah serta mempelajari ilmu agama.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad berharap tuan/puan dapat membantu anak-anak tahfiz disini agar sesi pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar. Dengan sumbangan yang didapati dapat merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk membantu para pelajar untuk belajar dengan sempurna dan sumber pengajian yang mencukupi.  



Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا


Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kesudian Tuan/Puan mengambil bahagian dalam membantu anak-anak tahfiz ini. Mereka inilah generasi yang akan meneruskan agama pada masa hadapan. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang diberikan dan membalas kebaikan kalian dengan pahala yang besar.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat