MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 17, 2023

INFAQ KHAS HUJUNG TAHUN HIJRAH BAGI MEMBANTU PENDIDIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM417 / 13.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUT PELUANG MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN DI HUJUNG TAHUN 1444H DENGAN MENYUMBANG UNTUK PENDIDIKAN PELAJAR ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH.


Bulan Zulhijjah akan berakhir tidak lama lagi. Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam. Sempena dengan akhir tahun bulan Islam, pihak maahad membuka kempen untuk tabung pendidikan pelajar asnaf dan miskin di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Kempen ini bertujuan untuk membantu membiayai pendidikan pelajar yang kurang berkemampuan. Majoriti pelajar di maahad ini adalah dari kalangan asnaf dan anak yatim miskin. Mereka tidak mampu untuk membayar yuran pengajian tetapi mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran.



“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”

(Riwayat Al-Bukhari 1897 dan Muslim 1705)



Pihak maahad mengalu-alukan orang ramai untuk menambahkan lagi amalan soleh di akhir tahun 1444H dengan melakukan amal kebaikan iaitu bersedekah untuk pendidikan anak-anak tahfiz ini. Mari kita membangunkan masa depan pelajar tahfiz asnaf dan yatim yang tidak mampu ini dengan salurkan sumbangan serendah RM 10 untuk memudahkan mereka belajar. Dengan sumbangan daripada Tuan/Puan mampu mengubah kesedihan mereka menjadi senyuman ceria untuk mempelajari ilmu Al-Quran.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang memberi sumbangan untuk kelangsungan para pelajar ini untuk terus mempelajari Al-Quran. Semoga Allah melimpah pahala yang berlipat ganda dan dikembalikan dengan rezeki yang berlipat ganda untuk muslimin dan muslimat yang bersedekah untuk pelaburan akhirat bagi dana pendidikan para pelajar tahfiz di sini. Rebutlah peluang melakukan amalan kebaikan di akhir tahun 1444H dengan bersedekah bagi mengumpul saham akhirat untuk pulang bertemu Allah SWT di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Jul 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat