MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 17, 2023

INFAQ KOS PERUBATAN ANAK ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM300 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ KOS PERUBATAN ANAK-ANAK TAHFIZ INI DALAM MENIMBA ILMU AL-QURAN. AYUH KITA MEMBANTU!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati membuka kempen untuk membantu kos perubatan anak-anak tahfiz di maahad ini. Pihak maahad ingin mengajak anda bersama-sama menyumbang untuk memastikan kebajikan dan kesihatan para pelajar di dalam keadan terbaik. Dikurniakan dengan kesihatan yang baik ialah nikmat dan anugerah daripada Allah SWT. Dengan itu, pihak maahad menganjurkan kempen ini dengan bertujuan untuk memastikan pihak maahad dapat memberikan kemudahan kesihatan dan menjaga kebajikan anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat belajar dengan baik dan lancar.


Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اغتنمْ خمسًا قبل خمسٍ شبابَك قبل هرمكَ وصحتَك قبل سَقمِكَ وغناكَ قبل فقرِك وفراغَك قبل شغلِك وحياتَكَ قبل موتِكَ

“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.”
(Riwayat al-Hakim)



Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah "sihat" merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga ke akhir hayat tetapi jangan sampai melekakan. Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)


Sehubungan dengan itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT dapat bersama-sama dalam membantu dengan berinfaq bermula RM10 demi kebajikan untuk membantu anak-anak tahfiz ini belajar dengan selesa demi memartabatkan kalimah Allah SWT yang suci di muka bumi ini.


Akhir kata, pihak maahad mengucapkan terima kasih atas kesudian anda mengambil bahagian dalam membantu anak-anak hafiz ini. Mereka inilah generasi yang akan meneruskan agama pada masa hadapan. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang diberikan dan membalas kebaikan kalian dengan pahala yang berlimpah.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat