MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 10, 2024

DANA INFAQ PEMBELIAN CHILLER ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM10 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

1 Penyumbang

3 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU HADIRKAN SEBUAH PETI AIS CHILLER DI TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. SALURKAN HARTA KALIAN BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK MEREKA YANG BERJIHAD DALAM ILMU AGAMA INI.


Assalamualaikum wbt. Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer hitam, Kedah berbesar hati melancarkan kempen sumbangan untuk membeli sebuah peti ais chiller bagi menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kemudahan harian anak-anak tahfiz di sini. Sebelum ini pihak maahad tidak dapat menyimpan bekalan makanan berbentuk sayuran dan lain-lain lagi kerana kerana kami tidak memiliki dana yang tetap bagi membeli peti ais chiller tersebut.



"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji." (Surah Al-Baqarah :267)


Ia telah menjadi kewajipan dan keutamaan pihak maahad untuk menyajikan hidangan yang berkhasiat buat anak-anak tahfiz di sini. Mereka memerlukan nutrisi yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat bagi menuntut ilmu. Dengan kewujudan peti ais chiller itu nanti, insya-Allah dapat memastikan makanan serat tersebut kekal segar dan tidak mudah rosak.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen tabung infaq bagi mencari dana pembelian sebuah peti sejuk chiller untuk kemudahan fasiliti di dapur masak. Anggaran kos untuk sebuah peti sejuk beku yang berkapasiti besar adalah RM3,500. Dengan berinfaq bermula serendah RM10, muslimin dan muslimat akan mendapat manfaat hingga ke akhirat kerana membantu memudahkan maahad menyediakan fasiliti buat golongan pencinta Al-Quran ini. Anggaplah anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini seperti anak-anak anda dan insya-Allah mereka akan terus menerus mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki buat kalian.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza’ atas kebaikan dan kemurahan hati muslimin dan muslimat yang menghulurkan tangan untuk tabung infaq ini bagi menyediakan kemudahan peti sejuk chiller buat anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini. Semoga segala kebaikan dan amal sedekah kalian dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2024