MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 18, 2023

INFAQ PEMBELIAN SEBUAH VAN BAGI MELAKUKAN AKTIVITI KEAGAMAAN

RM455 / 0.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM147,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH REBUT PELUANG INFAQ DI AWAL TAHUN 1445H BAGI PEMBELIAN SEBUAH VAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR TAHFIZ MELAKUKAN AKTIVITI KEAGAMAAN.


Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Muharram juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Sempena dengan bulan muharram yang mulia ini pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan para pelajar pergi menunaikan solat jumaat, solat jenazah, majlis bacaan yasin dan tahlil masyarakat setempat dan aktiviti menimba ilmu di luar kawasan. 



Maahad kami sekarang mempunyai van yang uzur dan kerap mengalami kerosakan sehingga menyukarkan pihak maahad untuk membawa para pelajar menjalankan aktiviti keagamaan. Pihak maahad berharap dengan adanya van ini dapat membantu dalam kegiatan aktiviti di maahad.



Dengan rendah hati pihak maahad memohon sumbangan seikhlas hati para dermawan untuk menginfakan sebahagian harta kalian bagi pembelian sebuah van yang akan dimanfaatkan bagi kegunaan pelajar di maahad ini. Sangat besar ganjaran pahala asbab membantu anak-anak hafiz ini menunaikan solat jumaat iaitu rukun islam kedua. Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah Jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat serta doa.



Akhir kata, segala sumbangan dan jasa baik pihak Tuan/Puan dapat membantu merealisasikan impian pihak maahad untuk mempunyai sebuah van bagi kegunaan para pelajar. Kami mengucapkan terima kasih dan jazakallahu khairan jaza, semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.


“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2023

SOLLEHHUDDIN BIN MUZAID

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat