MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 08, 2023

INFAQ PEMBINAAN DAPUR DAN DEWAN MAKAN MAAHAD TAHFIZ

RM165 / 1.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ PEMBINAAN DAPUR DAN DEWAN MAKAN TAHFIZ. AYUH SALURKAN HARTA TERBAIK KALIAN UNTUK KEMASLATAHAN UMMAH.


Allah SWT sangat memuliakan orang-orang yang gemar bersedekah. Tambahan pula di dalam Al-Quran Allah SWT telah menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah dan infak. Sesungguhnya keajaiban sedekah ini mememilik keutamaan yang sangat besar.



Di dalam Islam, memberi makanan kepada orang lain merupakan suatu amalan yang mulia dan besar pahalanya.Apatah lagi apabila kita membelanjakan harta untuk membina ruang dan tempat makan golongan anak-anak muda yang setiap hari hidup mereka penuh dengan kegiatan ibadah melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan solat berjemaah 5 waktu. MasyaAllah sudah tentu banyak banyak saham akhirat yang tidak terputus menanti di akhirat kelak.



Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen infaq pembinaan dapur dan juga dewan makan bagi anak-anak syurga ini. Ruang dapur untuk memasak dan tempat makan yang selesa sudah tentu menjadi idaman semua orang tidak terkecuali anak-anak tahfiz ini juga. Bagi memastikan keselesaan para pelajar, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sedang dalam proses pembinaan dapur dan juga dewan makan. Pembinaan dapur dan dewan makan ini adalah untuk bangunan tahfiz baharu yang sedang dalam tempoh pembinaan. Menjadi keutamaan pihak maahad untuk menyediakan fasiliti terbaik agar para pelajar dapat menjamu selera di tempat yang selesa dan nyaman.



Dapur merupakan salah satu ruangan yang penting tidak kira di rumah, sekolah, pejabat dan lain-lain lagi. Penyediaan dan penyimpanan makanan kering dan basah serta alatan masakan memerlukan satu tempat yang khusus dan selamat. Ruang dapur yang sederhana sudah memadai agar memudahkan kerja-kerja tukang masak untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat buat anak-anak tahfiz.


Selain itu, pihak maahad juga berhasrat membina ruang dewan makan yang selesa di tapak maahad yang baharu. Lokasi dapur dan dewan makan yang akan dibina ini berasingan bangunan daripada kediaman asrama dan juga tempat belajar bagi menjaga keselamatan para pelajar jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati para penyumbang untuk pembangunan di tapak maahad yang baharu. Semoga Allah SWT sentiasa memayungi hamba-hambaNya yang gemar berinfak dengan limpahan rahmat dan keberkatan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah , atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya ." (Hadis riwayat Imam Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMMAD SHAFQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 11, 2023

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat