MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 16, 2024

INFAQ SABUN MENCUCI PAKAIAN ANAK YATIM DAN ASNAF YANG SEDANG MENUNTUT ILMU

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita mencari ganjaran pahala yang mengalir dengan berinfaq sabun basuh pakaian kepada anak-anak yatim dan asnaf awal Muharam ini. Jom bantu!


Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan rohani dan jasmani, sehingga menganggapnya sebahagian daripada sifat iman. Nabi SAW pernah berpesan: Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie R.A beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


“Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)



Islam telah mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmah yang banyak. Sebahagian daripadanya adalah tuntutan fitrah manusia sebab Islam adalah agama fitrah, maka secara tabi’i ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan. Selain itu, kebersihan adalah sebab yang amat penting bagi menjauhkan manusia daripada penyakit. Ini kerana kebanyakan penyakit yang menular dalam kalangan manusia adalah disebabkan kekotoran.



Bagi melestarikan konsep kebersihan dalam kalangan pelajar anak yatim dan asnaf, pihak maahad ini melancarkan kempen infaq sabun pakaian kepada para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf. Insya-Allah dengan berkat sumbangan daripada para penyumbang ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos perbelanjaan pihak maahad dalam memastikan para pelajar sentiasa sihat, bersih dan ceria.


"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



Betapa besarnya janji yang Allah SWT akan beri kepada mereka yang menghulurkan bantuan lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjuang memasukkan kalamullah ke dalam dada mereka. Semoga dengan sumbangan ini menambahkan saham akhirat kita semua.



Bersempena awal Muharam ini, marilah kita berjihad infaq sabun basuh serendah RM10 kepada anak-anak asnaf dan yatim di sini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kemurahan hati anda semua dengan ganjaran yang berlipat ganda, serta memberkati anda dalam segala urusan. Bersama-samalah kita menyokong perjuangan para huffaz Al-Quran di samping mengumpul ganjaran pahala yang berterusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat