ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 07, 2024

INFAQ TELAGA AIR DI SABAH

RM40,043 / 80.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

1273 Penyumbang

25 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia sama-sama memyumbang untuk membina sebuah telaga air di Pulau Banggi, Sabah yang amat memerlukan sumber air bersih setelah dilanda kemarau.


Setakat ini Iltizam Relief Society telah membina 17 buah telaga air di Sabah. Terdapat dua telaga di Pulau Tanjung Manawali, sepuluh telaga di Pulau Banggi, satu di Pulau Lagaton, satu di Pulau Mandidarah, dua di Pulau Nunuyan Laut dan satu di Kg Inaruntung (Pitas).


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)



Sehingga kini, Iltizam Relief Society telah membina 17 buah telaga air di Sabah. Terdapat dua telaga di Pulau Tanjung Manawali, sepuluh telaga di Pulau Banggi, satu di Pulau Lagaton, satu di Pulau Mandidarah, dua di Pulau Nunuyan Laut dan satu di Kg Inaruntung (Pitas).



Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang terus mengalir kepada penderma khususnya melalui sumbangan.com ini, seperti air telaga ini mengalir ke rumah-rumah mereka. Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief akan meneruskan projek telaga air di Sabah.



Di Pulau Banggi, dikatakan pulau terbesar di Malaysia, walaupun kami telah bina 12 buah telaga namun keperluan air bersih jauh dari cukup di pulau ini. Ketika Ramadhan yang lalu, Pulau Banggi telah dilanda kemarau luar jangka sehingga air loji juga kering. Kami difahamkan telaga-telaga air yang dibina oleh Iltizam Relief Society telah menjadi tumpuan penduduk kampung mendapatkan bekalan air.



Buat masa ini, kampung-kampung di pulau ini bergantung penuh kepada air hujan dan telaga dikorek sendiri. Telaga air yang mereka korek itu cetek, terdedah kepada pencemaran dan berbahaya.



Konsep telaga air Iltizam pula adalah tertutup, dibina menara air supaya air mudah mengalir ke rumah-rumah penduduk dengan tarikan graviti.



Kos pembinaan amatlah tinggi disebabkan barang binaan perlu dibeli dari tanah besar, disewa bot besar atau kapal untuk diangkut ke Pulau Banggi.



Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Filipina telah pun menuntut Sabah melalui PBB. Jika ini wilayah kita, maka tanggungjawab kita bangunkannya. Pulau-pulau ini tiada harapan akan mendapat air paip, maka telaga air ini akan digunakan lama dan pahala jariah kembali kepada anda.



Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid/ surau dan sekolah.



Setiap projek telaga air kami bina adalah:


1. Sebuah telaga air

2. Menara tangki air

3. Tangki air yang besar

4. Pam air bermotor / guna tenaga solar

5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan



Oleh sebab itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi, tetapi, amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka dengan tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT. Jom bina satu telaga air di Sabah!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RABIAH HALIDI

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 12, 2024

MOHD AZHAR BIN SAMIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024

ZAINI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2024