MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 03, 2023

INFAQ JUMAAT SEMPENA BULAN RABIUL AKHIR KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM275 / 9.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SUBURKAN AMALAN SEDEKAH BERAS KEPADA GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI. MEREKA MEMERLUKAN BERAS SEBAGAI TENAGA UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN.


Sedekah makanan kepada asnaf dan anak yatim merupakan amalan yang sangat mulia dalam Islam dan dianggap sebagai salah satu bentuk ibadah yang dianjurkan. Dalam ajaran Islam, sedekah merupakan wujud prihatin dan berbagi rezeki kepada sesama, terutama kepada mereka yang memerlukan.


والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(HR Tirmizi)



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang infaq untuk dana infaq beras anak yatim bagi menyara 75 orang pelajar yang menuntut di sini yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang miskin. Oleh itu, pihak maahad membuka tabung infaq beras bagi membantu penuntut di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan para pelajar dapat belajar dengan selesa dan terjamin.


Setiap nasi dari beras yang kita berikan, kemudian mereka menggunakan tenaga mereka untuk menghafal, maka Insya-Allah setiap ayat yang mereka lantunkan akan menjadi amal jariyah yang terus mengalir untuk kita.



Di tengah kesusahan yang ada, masih ada para pelajar yang tetap tekun menjalankan kewajipan sebagai pelajar. Tidak hanya itu, mereka tetap bersemangat menghafal kalam-kalam Allah. Surah demi surah, juzuk demi juzuk, mereka simpan di hati dan ingatan. Belajar dan menghafal Al-Quran tidak hanya memerlukan semangat yang tinggi dan kegigihan. Dalam proses itu juga, mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalani aktiviti seharian.



Infaq fisabilillah ini dapat memakmurkan aktiviti amal Islami yang pastinya ia sangat penting untuk menyemarakkan syiar Islam dan memartabatkan syariatnya dan membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran ini.



Akhir sekali, ketahuilah betapa besarnya ganjaran yang diberikan kepada mereka yang rajin bersedekah. Marilah sama sama kita menghulurkan sumbangan dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sumbangan pihak anda sangatlah dihargai. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RABIAH YAVOO

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat