MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 09, 2024

DANA INFAQ KECEMASAN PERUBATAN BUAT PEJUANG AL-QURAN YATIM DAN ASNAF

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

2 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA HADIRKANKAN SUMBANGAN IKHLAS DALAM INFAQ BANTUAN KECEMASAN PERUBATAN INI. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN DAN SUMBANGAN ANDA DENGAN PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA.


Pihak maahad ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang mulia ini berinfaq untuk dana perubatan dan kecemasan anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini agar mereka mendapat rawatan yang sewajarnya apabila ditimpa sebarang penyakit seperti, sakit gigi, demam, penyakit kulit dan sebagainya.



Seterusnya, dengan adanya dana perubatan ini mampu menampung kos pembelian ubat-ubatan didapati di klinik ataupun di farmasi berdekatan. Pihak maahad kebiasaannya mendapatkan rawatan di klinik swasta dan farmasi luar kerana perkhidmatannya lebih cepat dan efisien. Selain, itu kadang kalanya jika berlaku kecederaan pada waktu malam ,mudah bagi kami mendapat rawatan kerana klinik swasta sangat dekat dengan maahad ini.



Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang membantu meringankan beban orang lain, terutamanya dalam hal kesihatan dan kesejahteraan. Dengan menyumbang untuk keperluan perubatan, anda membantu memastikan pelajar asnaf dan yatim di sini dapat belajar dengan lebih baik dalam kondisi kesihatan yang terjaga dan baik.



“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah: 261)


Ayuhlah kita menambah saham akhirat kita dengan berinfaq bermula RM10 bagi keperluan ubat-ubatan anak-anak yatim dan asnaf ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera seperti anak-anak yang lain di luar sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2024