Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 22, 2023
RM75 / 2.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Sesungguhnya ilmu agama adalah harta yang paling baik. Harta ini adalah warisan yang ditinggalkan oleh para nabi. Maka, sesiapa yang mengambilinya, dia sungguh telah mendapat bahagian yang banyak." (HR. Abu Daud)
Pihak maahad merayu sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membeli kitab-kitab agama kepada para pelajar tahfiz. Pelajar tahfiz berlatarbelakangkan daripada fakir miskin asnaf dan anak-anak yatim. Mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi membeli kitab-kitab agama untuk menuntut agama dengan mendalam.
Menuntut ilmu amat penting bagi setiap orang untuk membantu mengembangkan hubungan yang lebih dekat dengan Allah. Dengan memahami ajaran-Nya, kita dapat merasakan kehadiran Allah dalam setiap aspek kehidupan. Pelajar maahad dapat memperoleh dua ilmu iaitu ilmu umum dan ilmu agama serta ilmu belajar pengurusan diri juga sebagai bekal mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat yang abadi.
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seseorang, Dia memberikan kepadanya pemahaman dalam agama." (HR. Bukhari)
Pihak maahad telah memulai usaha kempen sumbangan dari para dermawan untuk menyumbangkan sejumlah kecil harta, dimulai dari RM10, untuk tujuan membeli kitab-kitab agama. Inisiatif ini dijalankan dengan niat untuk memberikan bahan bacaan agama kepada 70 orang pelajar di maahad, yang kebanyakan adalah anak yatim dan asnaf. Oleh itu, pihak maahad mengajak seluruh saudara-saudara Muslim dan saudari-saudari Muslimah untuk turut serta dengan memberikan sokongan dana untuk membeli kitab-kitab fardhu ain kepada pelajar-pelajar asnaf dan yatim ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 24, 2023