LAMPIN DEWASA UNTUK SUMBANGAN BAGI ASNAF WARGA EMAS

RM245 / 8.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Hari Terakhir

Kongsi:

Tentang Kempen

Bolehkah anda membantu kami untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan lampin dewasa? Mereka tidak mampu, jadi kitalah yang perlu bersatu untuk membantu.


Dasawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dalam kalangan asnaf, B40, mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga naik, namun rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, di kala ini, kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka, barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi mencegah dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan bagi kebersihan diri.



Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Sasaran kami adalah agar dapat membantu mereka dengan mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban mereka. Justeru, pihak persatuan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:


1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar

5. Mereka yang sangat memerlukan



Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2024

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2024