MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 13, 2023

SEDEKAH JARIAH MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK TAHFIZ

RM270 / 5.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH GANDAKAN PAHALA DENGAN BERSEDEKAH DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI. SETIAP AYAT SUCI AL-QURAN YANG MEREKA LANTUNKAN SETIAP HARI AKAN MENJADI PAHALA KEBAIKAN BUAT PARA PENYUMBANG.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah adalah sebuah sekolah tahfiz yang terletak di Ayer Hitam, Kedah. Terdapat 70 orang pelajar di maahad ini. Sebahagian daripada mereka adalah anak yatim dan anak asnaf yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menghafal Al-Quran. Walaupun menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka mempunyai niat yang suci untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad mempelawa para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada para pelajar ini supaya pihak maahad dapat berikan kepada mereka makanan yang seimbang untuk menuntut ilmu. Seperti yang kita sedia maklum makanan yang seimbang adalah penting kerana ia membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan manusia. Selain itu, dengan mendapat makanan yang seimbang ia akan menggalakkan lagi semangat para pelajar untuk beribadah dan belajar. 



Setiap sumbangan yang diberikan, mulai dengan RM10 sangat bererti bagi pihak maahad dan membantu meringankan beban pihak maahad untuk menyediakan makanan kepada para pelajar. Sedikit sumbangan yang anda dermakan mampu mengukirkan senyuman di wajah para huffaz ini. 



Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang berkongsi kebahagian buat anak-anak hafiz ini. Semoga apa yang diinfakkan dapat dijadikan amal kebaikan untuk dibawa pulang bertemu Allah SWT kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat