MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 13, 2023

SEDEKAH MAKANAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM YANG MEMERLUKAN

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI MENJADI MANUSIA BERUNTUNG DI AKHIRAT KELAK DENGAN MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF YANG BELAJAR AL-QURAN MELALUI SEDEKAH MAKANAN BERKHASIAT BUAT MEREKA.


Dalam Islam, sedekah makanan merupakan satu amal yang sangat dianjurkan dan memberi makan kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim juga adalah satu usaha mulia untuk dilakukan. Dengan ini, kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan turut memenuhi tuntutan kasih sayang terhadap mereka yang memerlukan.



Sehubungan itu, pihak maahad menyeru agar sama-sama berinfaq bagi makanan harian para pelajar di maahad kami seperti ikan, daging dan ayam bagi memenuhi keperluan gizi dan nutrisi mereka untuk berjuang menuntut ilmu. Anak yatim dan asnaf merupakan golongan yang diberkati oleh Allah kerana sepanjang hari mereka menghabiskan masa dengan ibadah dan menuntut ilmu.



Selain itu, sedekah makanan kepada pelajar tahfiz, asnaf, dan anak yatim adalah amal jariyah yang terus memberikan pahala kepada pemberinya selama mereka masih menggunakan ilmu yang dipelajari. Ianya akan memberi kepuasan hati dan kebahagiaan yang mendalam buat para pelajar kami dan juga buat para penyumbang.




Akhir kata, mulai RM10 ayuh bersama berkongsi nikmat rezeki bagi memenuhi keperluan nutrisi harian kepada anak-anak asnaf dan yatim yang sedang berusaha belajar dan mencintai Al-Quran di maahad kami. Dengan kasih sayang dan keprihatinan para dermawan ini semoga Allah SWT melimpahkan pahala yang berlipat ganda dan memberikan rezeki yang melimpah buat kalian. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat