ALSALAM CHARITY FOUNDATION

Dimulakan pada Dec 12, 2022

DANA PEMBINAAN MASJID BUAT MUSLIM UGANDA AFRIKA

RM15,064 / 100.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

473 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari menuai pahala berlipat ganda dengan membantu masyarakat Muslim Uganda mendapatkan masjid supaya mereka dapat beribadah dengan selesa dan selamat. Ayuh bersama kami membantu mereka!


Terdapat banyak komuniti miskin di Uganda yang tidak mampu untuk membuat pembaikan atau naik taraf yang diperlukan untuk masjid mereka. Malah ada yang langsung tidak mempunyai masjid tempatan. Dalam komuniti ini, kami mendapati kebanyakan orang ramai menunaikan solat di atas tanah dan di bawah terik matahari atau hujan lebat. Lebih memilukan, mereka terpaksa berjalan berbatu-batu untuk pergi ke masjid yang ada di bandar sebelah daerah demi menunaikan solat jumaat atau solat bersendirian hingga kerugian pahala berjemaah.




Justeru, PPIM bersemangat bekerjasama dengan Alsalam Charity Foundation untuk membantu menyempurnakan pembinaan masjid ini dengan bantuan orang ramai. Kami tidak rela melihat keadaan ini berpanjangan. Hal ini akan memudahkan umat Islam di sana menunaikan ibadah memandangkan peningkatan populasi masyarakat Muslim di Uganda semakin bertambah tetapi masjid sangat terhad.


''Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadis Riwayat Muslim)




Masjid ini akan menjadi ‘one stop centre’ untuk kegunaan penduduk disana. Ia tidak terhad kepada menunaikan solat sahaja tetapi juga akan dijadikan kelas bimbingan rohani, pendidikan Islam untuk kanak-kanak dan hab komuniti yang selamat. Lokasi pembinaan ini adalah di daerah Kasese Uganda dan akan menampung sehingga 500 umat Islam untuk solat. Tidak hanya pembinaan masjid semata-mata, kami juga bercadang untuk menyediakan kelengkapan ibadah seperti telekung, karpet, sejadah dan peralatan asas yang diperlukan di dalam sesebuah masjid.




Berjalan kaki berbatu-batu, menjelang senja sampai di destinasi. Usah berkira untuk membantu, rakyat Uganda sedang susah pada masa ini.


Rasulullah (SAW) bersabda, “Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; Shadaqah Jaliyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakannya.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat