Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jul 07, 2023

RAYUAN DERMA PASAR PERCUMA MERDEKA

RM3,370 / 21.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM16,000

120 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami merayu sokongan anda untuk menjayakan Pasar Percuma Meredeka 4.0 di mana pada 31 Ogos 2023 ini PERKIM BTP akan memberikan sayur, ayam, ikan dan lain-lain secara percuma untuk asnaf B40.


Harga barang naik dan segalanya naik. Yang miskin terus terhimpit dan menghadapi kesukaran kelangsungan hidup. Kebajikan adalah teras nama PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. PERKIM Bandar Tasik Puteri PERKIM BTP membantu masyarakat setempat yang terputus bekalan dan memerlukan bantuan makanan melalui projek Gerobok Rezeki.



Merdeka Free Market adalah program kemuncak yang dilaksanakan oleh PERKIM BTP pada tanggal 31 Ogos, iaitu pada hari sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.



Pada hari ini, kemerdekaan disambut PERKIM dengan menjemput lebih 500 keluarga miskin, tanpa mengira agama dan kaum, warganegara atau bukan warganegara untuk hadir ke Merdeka Free Market (pasar percuma) untuk mendapatkan bekalan barang basah seperti ikan, ayam, daging, telur serta sayur-sayuran secara percuma.



Ini merupakan kali keempat Pasar Percuma Merdeka dilaksanakan oleh PERKIM BTP. Program ini bukanlah menyantuni mereka yang kurang berkemampuan sekali setahun. Bahkan, mereka yang terputus bekalan dibantu bila-bila masa diperlukan.



Program kemuncak ini adalah untuk memberi kesedaran betapa perlunya kita berkongsi rezeki. 31 Ogos 2023 tahun ini, sekali lagi PERKIM BTP ingin meneruskan program murni ini. Kami  memerlukan bantuan anda dengan kos RM10,000 dari anda untuk menjayakan Merdeka Free Market 4.0 ini. Oleh kerana kami akan membeli secara borong, maka kos dapat dikurangkan walaupun bekalan mampu diberikan untuk lebih 500 keluarga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat