Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada Aug 12, 2022
RM2,340 / 33.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
103 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air merupakan sumber minuman kepada manusia mahupun hidupan yang lain untuk meneruskan hidup. Apabila tubuh badan kekurangan air, ia akan menyebabkan badan menjadi letih dan tidak bermaya kesan dari dehidrasi. Kegunaan air yang bersih dalam kehidupan manusia juga adalah untuk membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran dan buah buahan. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk mereka meneruskan kehidupan dan tanpa air mereka akan mati dan layu.
Bagi penduduk di kawasan Kampung Penan Muslim di Bintulu Sarawak, air bersih sangat diperlukan berikutan keadaan air paip di kawasan berkenaan yang tidak konsisten kualitinya. Oleh yang demikian, kami dalam usaha untuk menyumbang penapis air sebanyak 2 unit ke kawasan kampung berkenaan sebagai kemudahan yang mereka sangat perlukan pada masa ini.
Pintu gerbang masuk ke kampung berkenaan dan Masyarakat Penan di sini telah memeluk Islam sejak tahun 2016 lagi dan banyak kemudahan yang boleh kita infaqkan untuk kegunaan dan kemudahan mereka di sini.
Sebahagian daripada penduduk di Kampung Penan Muslim ini yang amat memerlukan kemudahan air bersih untuk memastikan kesihatan mereka dapat dijaga
Dalam perancangan kami, sebanyak 2 unit penapis air cuckoo akan diinfaqkan di kampung ini dan setiap satu kos bagi penapis air berkenaan ialah sebanyak RM 2240. InsyaAllah penapis air berkenaan akan bermanfaat sepenuhnya kepada penduduk dan masyarakat muslim di situ. Selebihnya akan disumbangkan kepada JKKK di kampung berkenaan untuk meringankan sedikit beban mereka dalam membayar bil utiliti.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Barang siapa membina sebuah telaga laludi minum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat”(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Majah).
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah berkat hari jumaat yang mulia ini satu unit penapis air telah diserahkan kepada Saudara kita untuk kegunaan masyarakat di sana. Pihak Pertubuhan telah menampung kos yang kurang bagi memastikan penapis air ini dapat diberikan dengan segera. InshaAllah Tuan dan Puan sekalian masih berkesempatan untuk menyumbang bagi memastikan satu unit lagi penapis air dapat disumbangkan kepada mereka.
InshaALLAH apabila duit kempen yang terkumpul mencukupi untuk membeli satu unit penapis air, penghantaran dan pemasangan set penapis air pertama akan dilaksanakan di Kampung berkenaan untuk keselesaan masyarakat di situ.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 13, 2022
MOHAMAD NAZREEN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 13, 2022
ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 13, 2022