MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosaku dan ahli keluargaku dan masukkan kami dalam syurga firdausmu tanpa hisab. Kekalkan kasih Sayang dan kebahagian kami suami isteri hingga ke Jannah. Perluaskanlah rezeki kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Mohon doakan saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki ditetapkan iman

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORLIZA BINTI SALIM

3 tahun yang lepas

Ya, Allah berikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga, ampunkan segala dosa ku, dosa ibu dan bapaku. Berkatilah rezeki yg kami perolehiJauhkanlah kami dari seksaan kubur ya Allah.. Aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dengan sedekah yg Ikhlas kerana Allah swt ini dapat membuka pintu hati suami sy untuk kembali ke Jalan Allah dan membimbing kami sekeluarga menuju ke Syurga Firdausi Allah swt.. Terima kasih

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMIERUL BIN ABD HAMID

3 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga dilindungi,dirahmati,diredhai Allah SWT..Diberikan kesihatan yang baik,kesembuhan dari segala kesakitan dan penyakit juga dijauhi dari covid 19...aminn Ya Rabbal Alamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..ya tuhan ku, engkau ampuni lah dosa2 ku, dosa2 ibu bapa ku, dosa2 suami dan anak2 ku, engkau masukkan lh kami ke dalam syurga mu tanpa dihisap dan dihitung

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: