MAAHAD TAHFIZ IMANIYYAH ZAHIDIYAH (SHAH ALAM)

Aktif sejak Aug 02, 2021

Tentang Penganjur

RM1 Juta diperlukan bagi membaik pulih bangunan lama yang diwaqafkan demi memberi sinar baru buat pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah (Cawangan Shah Alam)

Bangunan yang sedia akan dibaik pulih dengan membina fasiliti yang lengkap. Pembinaan tersebut termasuklah:-

  • Membaik pulih siling sedia ada yang berasaskan asbestos dan kayu.
  • Menyiapkan bilik warden untuk menjaga dan mengajar para tahfiz.
  • Menyiapkan pusat sumber untuk menjadi pusat pembelajaran dan rujukan.
  • Membaik pulih pagar bangunan untuk lebih selamat dan teratur
  • Membuang dan membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai)

Kami harap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri.

LORONG IKAN KELISA 9, KAMPUNG BUKIT LANCHUNG, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR , 40400, SHAH ALAM, Selangor, Malaysia
salam.matizshahalam@gmail.com
+60107933710
0107993710

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Masuk ke SyurgaMu tanpa hisab

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala amalan kami diterima Allah. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga. Diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Senantiasa dibawah lindungan Allah dan rahmatnya. Aamiin Ya Rab

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga bangunan maahad tahfiz imaniyyah zahidiyyah shah alam dapat disiapkan dengan cepat, terbaik dan selamat. Semoga semua yang terlibat di dalam kempen ini, masuk syurga firdaus tanpa hisab. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD RIDWAN BIN ISMAIL

2 tahun yang lepas

Mendoakan sentiasa istiqomah dlm bersedekah dah dilepaskan segala kesusahan dunia dan akhirat..amin.amin yarabbalalamin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy,suami,ibuayah,anak⁴ hidup diberkati dirahmati dunia & akhirat,terangkan hati anak⁴ sy terima ilmu dunia akhirat serta mjadi anak soleh solehah. Aamin yra.(InsyaAllah sy akn sumbang lg).

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga saya dipertemukan jodoh yg soleh & dilimpahkan rezeki yg berlipat ganda serta dipermudahkan segala urusan.Berikanlah kemaafaan & keampunan buat ibubapaku,diriku,keluargaku & umat islam🤲🤲

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: