PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ampunkan dosa panjang umur murah rezeki dan semoga dapat balasan syurga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah merahmati anak2 yatim semua, Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah.. Kau berkatilah kehidupan kami semua dan lindungilah kami semua dari segala malapetaka, kemungkaran, hasad dengki, perbuatan jin syaitan dan iblis. Murahkan lah rezeki terbaik utk kami seluasnya syurgamu dan seperti air zam2 mu yang tidak pernah berhenti mengalir. Berilah kesihatan tubuh badan, mental dan emosi utk hambamu semua. Aamiin…

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA Allah...semoga dipermudakan segala urusanku didunia dan diakhirat...semoga dipanjangkan umur, rezeki sentiasa mengalir tanpa hentinya,diberikan kesihatan yang baik, anak2 yang soleh dan solehah serta engkau sembuhkanlah suamiku daripada segala penyakit...amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga kita mendapat keredhoan Nya hidup di muka bumi Nya ini

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga suami, mama & papa, ibu mertua, kedua ibubapa tiri serta anak-anak dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga….

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: