Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Ya Allah kaulimpahkanlah rezeki yg melimpah ruah ke atas diriku, keluargaku, suamiku dan keluarganya, kausembuhkanlah penyakit cyst yg ada dlm rahimku, penyakit suamiku, lancarkanlah aku bercakap & celik akal bila berhadapan dgn org ramai & anak muridku, kaukurniakanlah zuriat yg soleh & solehah kpd kami berdua & juga adikku azita. Ya Allah kauperkenankanlah doa2ku ini. Aamiin YRA.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen.
Anda mengaminkan doa ini