Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
HAMBA ALLAH
Ya Allah aku meminta redho dan rahmat darimu Ya Allah ampunkan dosaku dosa kedua ibubapaku dan dosa2 seluruh umat nabi Muhammad saw Ya Allah terimalah amal2 ibadahku dan Amal2 ibadah kedua ibubapaku dan seluruh umat nabi Muhammad saw
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga arwah mak saya diampuni segl dosa2 doteren hi kuburnya dan ditempatkn di kalangan orng2 yg solehah..Dan kepada diri ini semoga fkir shin pelbagai rezeki yg sentiasa mengalir dan me dapatkan keberkahan hidup mendapatkn jodoh yg baik Dan anak yg soleh
Anda mengaminkan doa ini