PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

Aktif sejak Apr 22, 2021

Tentang Penganjur

Rumah Bakti Al Kausar  ini diilhamkan oleh jawatankuasa  bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

 

 

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17hb Sept  2011, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan AL Kausar Bangi Selangor dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar.

 

 

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan pada dari Pendaftar pertubuhan pada 10hb October 2011 dengan No. Pendaftaran: PPM-004-10-10102011. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa bagi menempatkan semua anak-anak ini.  Sehingga hari ini seramai 30 orang anak-anak yatim dan miskin,  telah ditempatkan di rumah ini. 

NO. 17, JALAN 4/12C, FASA 4 TAMBAHAN , 43650, BANDAR BARU BANGI, Selangor, Malaysia
rbakbbb@gmail.com
0389222061

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku,ampunkan dosaku,sembuhkan penyakit hypertyroidku..Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah sampai kan pahala sedekah ini Kepada kedua ibu bapa ku.. Aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga anak2 ini terjaga dgn baik dan me besar menjadi anak yg soleh solehah berjaya dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Mohon doakan untuk saya dan seisi keluarga saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, ditambahkan nikmat rezeki & keberkatan. Dipermudahkan bagi kami segala urusan, dipanjangkan umur & dijauhkan dari segala musibah, kejahatan dan keburukan didunia & akhirat.. Doakan agar anak-anak saya sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan menjadi anak yang soleh buat kami sekeluarga... Aamin YRA

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan kepada saya dan keluarga kematian dalam keadaan husnul khotimah dan dikurniakan syurga firdaus tanpa diazab dihisab dan dihitung

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Saya berniat utk beri makan kepada 60 orang makan,, sesuai dengan sumbang saya,,ikhlas kerana ALLAH SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: