PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

Aktif sejak Apr 22, 2021

Tentang Penganjur

Rumah Bakti Al Kausar  ini diilhamkan oleh jawatankuasa  bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

 

 

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17hb Sept  2011, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan AL Kausar Bangi Selangor dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Al Kausar.

 

 

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan pada dari Pendaftar pertubuhan pada 10hb October 2011 dengan No. Pendaftaran: PPM-004-10-10102011. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa bagi menempatkan semua anak-anak ini.  Sehingga hari ini seramai 30 orang anak-anak yatim dan miskin,  telah ditempatkan di rumah ini. 

NO. 17, JALAN 4/12C, FASA 4 TAMBAHAN , 43650, BANDAR BARU BANGI, Selangor, Malaysia
rbakbbb@gmail.com
0389222061

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah kurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat Mu. Rahmati kami semua. Aamiiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah semoga semua umat islam dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORLIA BINTI MD SALLEH

10 bulan yang lepas

Sahaja aku membayar zakat simpanan kepada rumah bakti al kausar kerana Allah taala.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMMAD FIRZAN IZWAN BIN YUSOP

10 bulan yang lepas

Semoga hambaMu taat melaksanakan perintahMu dan tinggalkan laranganMu. Semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yg melimpah ruah dan dipanjangkan umur kami & ibubapa, kaum kerabat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‎ Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku…rahmati dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari aku kecil sehingga aku dewasa…aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Sahaja aku sedekah kerana Allah SWT untuk keluargaku yg masih hidup mahupun yg sudah meninggal dunia

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: