PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Limpahkan Lah Kasih SayangMu padaku, Letakkanlah Sentiasa Hanya CintaMu di dalam Hatiku agar sentiasa aku MengingatiMu kerana Sesungguhnya Cinta Manusia itu Lemah tidak Sempurna dan Tidak Kekal, hanya CintaMu itu Yang Kekal, Tulus, Suci lagi Abadi. Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik Perancang dan Pengatur. Engkau lebih Tahu apa yang Terbaik buatku

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah rahmati kami dengan pengampunan dan keredhaanMu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosaku Dan kedua ibu bapa ku. Ya Allah, dengan penuh ehsan, hambamu ini bermohon, kau bukakanlah pintu2 rezeki kami adik beradik. Kau lapang kan lah. Kau berikanlah rezeki yg melimpah ruah utk kami. Bagi lah kami peluang Dan ruang utk balas jasa2 kedua ibu bapa kami. Kasihanilah kami ya Allah. Keluarkan lah kami daripada kesusahan Dan kesempitan ini. Ya Rabb, kau makbulkan lah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

doakan kesihatan ibu saya, Yah Bt Mohammed sentiasa baik, dan sakit nya pulih, inshaAllah ..amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah ampunkan dosa saya, ibubapa saya, arwah suami saya, dan anak2 saya. Semoga Allah permudahkan urusan jodoh anak perempuan saya, Nor Farahlina, semoga Farahlina dipertemukan jodoh secepatnya dengan orang yg baik2, tinggi budi bahasa, dan stabil kewangannya. Dan semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala penyakit yang berbahaya. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah rahmati & berkatilah kami dunia akhirat. Aamiin YRA.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: