PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah swt...dan semoga Allah swt mengurniakan kesembuhan buat kakakku Paseha binti Marzuki iaitu kesembuhan yg tidak meninggal sakit selepasnya...aamiin Ya Àllah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Alhamdulillah.. sekecil-kecil sumbangan ini, mdh²an ada khairnya.. kita semua d berkati Allah, d limpahkan dgn rahmat serta kurniaNya dgn rezeki yg Halal, lg berkat & mencukup... Kekal terpelihara dlm kasih sayang Allah ta'ala, serta d capaikan atas segala apa yg kita hajati dan seterusnya menempah kejayaan hidup duniawi & ukhrawi. Amiin Allahumma Amiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah murahkanlah kami dgn limpahan rezeki yg tak putus2 agar dpt berkongsi rezeki dgn yg memerlukan...Aamiin Ya Rabb

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, tambahkan bagiku rezeki yang banyak dan halal,iman yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang baik,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar di dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga panjang umo, dmurahkan rezeki, dberi kesihatan yg baik, dberikn kebahagian dunia dan akhirat dan segala doa dan hajat kami dimakbulkn dan diperkenankan Allah taala.. Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZLISHAM BIN ABD AZIZ AZIZ

2 tahun yang lepas

Ya Allah, dengan sedekah ini aku niatkan, sampai kan pahala nya untuk arwah ibuku, ayahanda tersayang,Ya Allah, berilah Aku kesabaran, mengharungi kehidupan ini,,berilah pasangan hidup yang baru yang dapat menyejukkan hati dan kepada anak-anak yang jauh dimata tapi dekat dihati supaya menjadi anak yang Soleh dan solehah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: