PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sahaja aku menyumbang kerana Allah Taala.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

moga dpermudahkan segala urusan dunia Dan akhirat buat kami skluarga dan sluruh umat islam..

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan urusanku dan ahli keluargaku Dan kurniakan kami kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Ampunilah dosa2 Dan kesalahan2 ku, ibubapaku, suamiku Dan anak anakku ku. Semoga kami senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT... aamiin ya rabbal 'alamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah urusan seharian kami kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami serta rezeki yang luas dan berkat, ampunkanlah dosa kami dan kedua ibubapa kami serta semua muslimin muslimat..aamiinn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga dan seluruh umat islam sentiasa didlm keredhaan Nabi Muhammad s.a.w dan Allah s.w.t. Matikan kami dihari Jumaat dan di dlm husnul khatimah. Temptkan kami di syurga firdaus. Amin 🤲

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah bantu kami untuk menggapai redhaMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: