PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Aktif sejak Mar 08, 2022

Tentang Penganjur

Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.

NO 15 PERSIARAN TITIWANGSA TAMAN TASIK TITIWANGSA , 53200, Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
akmalyosuf@gmail.com
+60172098984
+60340235769

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusanku dunia akhirat, permudahkan urusan pekerjaanku, luaskan rezekiku dan berikanlah yang terbaik untukku. Amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga mendapat rahmat dan redho dari Allah dan doakan semoga sy dipertemukan dgn jodoh yg baik. Aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RIDUAN ABD HAMID

2 tahun yang lepas

Mohon doakan semoga arwah ibubapa dan sekelian ahli keluarga ku yg telah pergi moga mereka mendapat tempat disyurga allah.aamiin.dan doakan buat keluarga yg masih bersama aku skrg ini semoga mendapat rezeki dan dipanjangkan umur serta diberikan kesehatan berpanjangan..alhamdulilah..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Ya Mujib, permudahkanlah segala urusan Rumah Titian Kasih ini, berkatilah dan rahmatilah mereka. Ya Allah, kurniakan kebaikan, keberkatan dan rahmatmu kepada semua penyumbang.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD NAZIR BIN ASHAARI

2 tahun yang lepas

Saya sumbangkan untuk arwah ibubapa dan saya kerana Allah... semoga dibulan yang mulia ini dipermudahkan segala urusan....

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah sembuh kan ibu dan pulihkan spt sblmnya segera, hilangkan kesakitan dan panjang umurnya. Ampunkan segala dosa2nya. Aamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: