SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Aktif sejak Apr 04, 2021

Tentang Penganjur
Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa.Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan , 15150, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
tpsakb@gmail.com
+60147038762
+6097413555

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, betapa besarnya rahmat dan nikmat engkau terhadap hamba-hambaMu. Izinkanlah kami beribadah kepada-Mu, Lintaskanlah dalam hati kami untuk memohon hajat kepada-Mu, gerakkanlah lisan kami untuk memohon keampunan kepada-Mu Ya Allah. Sesungguhnya, kami hambaMu yang mempunyai banyak dosa. Bantulah kami agar kami tetap berada di Jalan yang benar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami semua. Aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAIZAT

2 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkan rezeki tidak terputus kpd kami. Berkatilah rezeki2 kami. Kurniakan kesihatan kdp kami. Jauhkan kami dr azab neraka Mu. Masukkan kami ke syurga Mu Ya Allah. Ammiinn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Staf sri aman, semua penyumbang dan saya sendiri dipermudahkan / dimurahkan rezeki, terang dialam kubur dan mati dalam husnul khatimah ( kebaikan )

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah pohon keberkatan, makbulkan hajat2 kami, kesembuhan penyakit agar tiada lagi, iman dab takwa. Sentiasa dlm lindungan mu Ya Allah ... amin amin amin ya rabbalamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD ARISH

2 tahun yang lepas

doakan Semoga Muhammad Arish menjadi seorang anak yang soleh, bertanggungjawab, jujur, amanah, dan berani berjuang untuk agama, bangsa, dan tanah air. menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.. semoga semuanya dikurniakan rezeki yang luas dan diberikan kesihatan yang baik ... in sya Allah... Aamiin...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik, disembuhkan dari segala penyakit, dikurniakan rezeki dan umur yg berkat serta dalam rahmatMu selalu. Jauhkanlah kami dari wabak Covid-19 ini Yab Rab. Semoga berkatilah dan rahmatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Mujib.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: