SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Aktif sejak Apr 04, 2021

Tentang Penganjur
Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa.Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan , 15150, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
tpsakb@gmail.com
+60147038762
+6097413555

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan pahala infak ini untuk kedua ibu dan bapaku. Ameen

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ASYRAAF HARRAZ BIN NORIZAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib... ampunkan dosa-dosa ayahanda kami.. berikan kesihatan dan kesembuhan kepada Asyraaf Harraz dalam menempuhi kehidupan mendatang..aminn YRA..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami dan juga seluruh muslimin dan muslimat. Terimalah amalan kami dan lindungilah kami daripada penyakit2 hati. Permudahkanlah urusan kami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JUBAIDAH BINTI HJ IDRIS & 6 ADIK BERADIK

3 tahun yang lepas

Semoga dipermudah. Mintak tolong doakan kebaikan & rahmat pahala berpanjangan buat arwah kedua ibu bapa kami, allahyarham HJ IDRIS bin HJ Hassan & allahyarhamah hjh sarimak bt ITAM & kami sekeluarga.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Doakan untuk semua hamba Allah masuk ke syurga samada yang masih hidup mahupun yang telah sudah kembali ke rahmatullah. Moga rezeki sentiasa mengalir seperti air terjun & sungai. Aamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah. Ampunkan segala dosa ku, ibu dan keluargaku, serta seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Permudahkan segala urusan kami. Permudahkan juga pengajian PhD Di kedua dua universiti ini Ya Allah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: