Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 10, 2023
RM330 / 3.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya dan menjiwai sifat taqwa kepada Allah SWT dengan membantu hamba-hamba yang sangat memerlukan bantuan. Disini pihak maahad memerlukan sebuah dapur masak untuk menyediakan juadah makanan seharian kepada penuntut disini. Pihak mahaad berharap muslimin dan muslimat dapat sama-sama membantu merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk tujuan yang berikut.
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim)
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai maklumat yang tertentu yaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1. Amal jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakan ibu dan bapanya
Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya dengan memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.
Sehubungan dengan itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah membuka tabung sumbangan infaq pembinaan dewan masak dan kelengkapan dapur masak seperti periuk, dapur, kuali, mesin pengisar dan lain-lain lagi kelengkapan dapur yang diperlukan bagi tujuan untuk menyediakan juadah makanan seharian mereka yang menuntut ilmu di sini.
Daripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma” (HR. Imam Bukhari R.A)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2023
ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH, ALLAHYARHAM BAKHTIAR EFFENDI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2023
MOHD AZHAR BIN MANSOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2023
MOHD YAKOP IKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2023