MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 12, 2023

PENAPIS AIR BERSIH ANAK ANAK YATIM DAN TAHFIZ ASNAF

RM530 / 10.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KUMPUL PAHALA JARIYAH BERTERUSAN DENGAN BANTU HADIRKAN PENAPIS AIR UNTUK MENGHILANGKAN DAHAGA PARA PENCINTA AL-QURAN DI MAAHAD KAMI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan penapis air dari para dermawan untuk membantu para pelajar tahfiz di maahad kami. Penapis air memiliki kepentingan yang besar dalam menyediakan akses kepada air bersih dan sihat untuk keperluan minum seharian para pelajar di sini. Hal ini kerana mereka banyak menggunakan kudrat suara bagi mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di maahad. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi para pelajar untuk menyokong aktiviti pembelajaran mereka di maahad.



Oleh itu, dengan bantuan dan sumbangan yang terkumpul nanti pihak maahad berhasrat ingin menyediakan fasiliti penapis air yang efektif dan berkualiti untuk digunakan oleh para pelajar kami di Maahad Tahfiz. Kemudahan penapis air akan membantu dalam menyediakan air minum yang bersih kepada para pelajar, bebas dari kandungan kuman dan bahan pencemaran yang lain.


Dengan menyediakan air minuman yang cukup dan berkualiti bagi anak-anak tahfiz ini dapat memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi, menjamin kesihatan, dan memberi kesempatan mereka untuk belajar dan menghafal Al-Quran dengan baik. Hal ini merupakan pelaburan akhirat yang berharga dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.


Pengambilan air yang cukup setiap hari akan membantu meningkatkan konsentrasi dan daya fokus para pelajar. Dengan akses yang mudah dan cukup terhadap air minuman, anak-anak tahfiz ini dapat fokus dalam proses belajar mereka untuk menghafal Al-Quran dengan baik. 


Semoga harta yang diinfakkan untuk penapis air kepada anak-anak syurga ini memberikan pulangan yang lumayan buat para dermawan di hari akhirat kelak. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

HAMBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat