MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 01, 2022

SEDEKAH BEKALAN AIR BERSIH TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM5,198 / 10.61 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM49,000

287 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI DENGAN SEDEKAH UNTUK PEMBINAAN BEKALAN AIR BERSIH BAGI KEMUDAHAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH. JADIKAN HARTA DUNIA SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK.


Rasulullah amat menganjurkan sedekah air kerana peranan penting daripada air. Adanya air InsyaAllah akan adanya kehidupan dan sebaliknya. Memberikan minuman, merupakan salah satu ibadah paling agung yang dapat mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Salah seorang tabiin juga mengatakan:


“Barangsiapa banyak dosanya, maka hendaknya dia (bersedekah) memberikan minuman (kepada orang lain).”


Jika dosa seorang yang memberikan minuman kepada anjing saja diampunkan, apalagi orang yang memberikan minuman kepada seorang muslim atau memberikan kehidupan kepadanya.



Seramai 60 individu termasuk guru, kakitangan dan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan air bersih bagi kegunaan seharian seperti keperluan tandas, bersuci, berwudhuk, mencuci pakaian, minum dan lain-lain. Air dikatakan sebagai sedekah yang lebih utama kerana kemanfaatannya sangat luas untuk urusan agama dan duniawi.



Justeru, pihak maahad memerlukan dana daripada muslimin muslimat sebanyak RM49,000 untuk kerja pemasangan bekalan air bersih ke bangunan maahad. Di bawah kami lampiran sebut harga jumlah kos pembinaan untuk menyalurkan air ke bangunan maahad tahfiz yang baru.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas segala tindakan dan jasa baik Tuan/Puan kepada kami. Sama-samalah merebut peluang untuk sedekah air kerana selama air itu dimanfaatkan oleh warga maahad, maka selama itu pula pahala akan mengalir hingga hari kiamat kelak.


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat