Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 31, 2023
RM3,303 / 11.01 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
165 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Seramai 70 individu termasuk guru, kakitangan dan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan air bersih bagi kegunaan dan kemudahan beribadah seharian seperti keperluan tandas, bersuci, berwudhuk, mencuci pakaian, minum dan lain-lain. Para pelajar di sini datang dari berbagai pelosok negeri Kedah. Mereka punya motivasi kuat untuk mengabdikan masa mudanya menjadi penjaga Al Quran. Sedekah air merupakan sedekah yang lebih utama kerana manfaatnya sangat luas untuk urusan agama dan duniawi.
Sehubungan itu, bersempena Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini pihak maahad membuka peluang sedekah jariah buat muslimin muslimat bagi mengumpul dana sebanyak RM49,000 untuk kerja pemasangan paip bekalan air bersih ke bangunan maahad. Di bawah kami lampirkan sebut harga jumlah kos pembinaan untuk menyalurkan air bersih ke bangunan maahad tahfiz. Sehingga sekarang pihak maahad masih memohon sumbangan daripada orang ramai untuk menghadirkan bekalan air bersih ke bangunan maahad yang baharu. Kos pemasangan paip oleh pihak SADA ini menelan belanja yang agak besar kerana faktor lokasi maahad yang agak jauh ke pedalaman.
Air merupakan sumber kehidupan yang harus sentiasa ada kerana ianya komponen penting untuk mempertahankan hidupan, menjaga kesihatan dan menjamin kelangsungan hidup. Salah satu sedekah jariah yang pahalanya tak terputus adalah mengalirkan air. Manfaat air akan terus dirasakan dan digunapakai oleh puluhan pelajar tahfiz di tapak bangunan baharu Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah kelak.
Ini adalah kesempatan besar untuk bersedekah bekalan air bersih kerana terdapat banyak keutamaan yang besar dari bersedekah air. Bayangkan derasnya aliran pahala para penyumbang dalam setiap ayat Al-Quran yang mereka lantunkan. Semoga sedekah terbaik di bulan yang terbaik para penyumbang berikan ini menjadi ziyatul khair (kebaikan berpanjangan) dan menjadi wasilah untuk masuk ke syurga kelak.
“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasul menjawab, “Para ahli Al Quran. Merekalah keluarga Allah dan hamba pilihanNya” (HR. Ahmad)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 03, 2023
MOHD IMRAN BIN SHAMSUDIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Apr 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 03, 2023